BERITA BAIK KEPADA PEMEGANG BIG PREPAID MASTERCARD AIR ASIA!

Imej
JANGAN LEPASKAN PELUANG!  Kini bayaran balik pinjaman PTPTN, deposit SSPN- i . dan SSPN- i .  Plus  boleh dibuat menggunakan Big Prepaid Mastercard Air Asia dan anda  BERPELUANG MEMENANGI  100,000 Big Point Air Asia (bersamaan 3 tiket penerbangan pergi balik ke Hong Kong). Peraduan akan berakhir pada 31 Ogos 2017. KAEDAH BAYARAN: ONLINE      1. Bayaran balik pinjaman dan deposit SSPN- i      2. Buat bayaran secara online menggunakan Big Prepaid Mastercard (Virtual & Plastic) Air Asia di          https://sspniplusonline.ptptn. gov.my/sspniplusonline/ Default.aspx  atau          http://www.ptptn.gov.my/kad_ kredit.html . KAUNTER      1. Bayaran balik pinjaman, deposit SSPN- i  dan SSPN- i plus      2. Buat bayaran menggunakan Big Prepaid Mastercard (Plastic) Air Asia melalui edc terminal di          kaunter PTPTN. Dapatkan Big Prepaid MasterCard Air Asia Anda di  www.bigprepaid.com Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi PTPTN di  http://www.ptptn.go

Membentuk minda Usahawan berbanding minda pekerja

Sejak dari bangku sekolah lagi kita di ajar untuk belajar rajin - rajin, dapat gred yang cemerlang, kemudian dapat kerja yang bagus dan berjawatan tinggi. Sebenarnya idea sebegini di terap untuk menjadi pekerja. Tiada minda usahawan! Akhirnya ramai yang keluar dari universiti atau tidak hanya berfikiran pekerja. Sedangkan bila menjadi pekerja, seseorang pekerja itu akan dikenakan cukai yang tinggi. Bagaimana? bila seseorang bergaji tinggi, kerajaan akan mengenakan cukai yang tinggi bergantung tangga gaji seseorang. Bagaimana pula dengan usahawan? Usahawan boleh mengelak cukai yang tinggi ini atau hampir tidak membayar cukai pun dengan cara yang sah di sisi undang - undang. Jika tidak percaya, anda boleh semak jadual cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini boleh berubah dari tahun ke tahun bergantung kepada kerajaan.

Kerajaan bergantung kepada usahawan. Sebab? Usahawan mewujudkan peluang pekerjaan. Sebab itulah usahawan di beri insentif pengecualian cukai. Tapi perlu diingat, usahawan dan peniaga adalah dua cabang yang berbeza. Usahawan mewujudkan produk, tetapi peniaga menggunakan produk usahawan untuk menjual kepada pengguna. Jika ingin berniaga dan menjadi usahawan, pastikan anda mengkaji mengenai perbezaan perniagaan enterprise dengan sdn bhd. Ini kerana perniagaan enterprise dikenakan cukai sama seperti individu (pekerja).



Nota tambahan bagi yang belum mengetahui. Steve Jobs pengasas syarikat apple hanya bergaji USD1 setahun. Namun beliau adalah jutawan!..

Bagi membuka minda, bacalah buku mengenai rich dad poor dad atau buku - buku robert kiyosaki. Jika malas baca bahasa enggeris, sekarang dah ada dalam versi bahasa melayu. Dan ajarkan kepada anak - anak anda di rumah. Bermainlah permainan monopoly atau saidina dengan keluarga. Terangkan apa itu pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti kepada anggota rumah anda. Insyaallah, satu hari mereka akan berterima kasih kerana mengajarkan apa yang tidak di ajar di sekolah. Hubungan keluarga juga akan lebih erat.

Buku boleh di dapati di popular dan kedai - kedai buku.
http://www.richdad.com/Home.aspx


Catatan popular daripada blog ini

Makanan kucing Vita Cat

Fazura x Adrianna Yariqa

Anda berniaga online? Anda patut guna ini...