BERITA BAIK KEPADA PEMEGANG BIG PREPAID MASTERCARD AIR ASIA!

Imej
JANGAN LEPASKAN PELUANG!  Kini bayaran balik pinjaman PTPTN, deposit SSPN- i . dan SSPN- i .  Plus  boleh dibuat menggunakan Big Prepaid Mastercard Air Asia dan anda  BERPELUANG MEMENANGI  100,000 Big Point Air Asia (bersamaan 3 tiket penerbangan pergi balik ke Hong Kong). Peraduan akan berakhir pada 31 Ogos 2017. KAEDAH BAYARAN: ONLINE      1. Bayaran balik pinjaman dan deposit SSPN- i      2. Buat bayaran secara online menggunakan Big Prepaid Mastercard (Virtual & Plastic) Air Asia di          https://sspniplusonline.ptptn. gov.my/sspniplusonline/ Default.aspx  atau          http://www.ptptn.gov.my/kad_ kredit.html . KAUNTER      1. Bayaran balik pinjaman, deposit SSPN- i  dan SSPN- i plus      2. Buat bayaran menggunakan Big Prepaid Mastercard (Plastic) Air Asia melalui edc terminal di          kaunter PTPTN. Dapatkan Big Prepaid MasterCard Air Asia Anda di  www.bigprepaid.com Untuk maklumat lanjut, layari portal rasmi PTPTN di  http://www.ptptn.go

Super Market online shopping



Pada tahun 2000 ke atas, super market online shopping akan tumbuh dengan pesat di Malaysia. Sebabnya berkembangnya amazon.com dan lain2 super market di US. Ini di ikuti oleh bank2 di Malaysia yg menambah kebolehan mereka dengan mewujudkan online banking, Kredit/Debit kad yg akan memudahkan orang ramai membeli dengan mudah. Mobile apps pun semakin berkembang, sekarang, hanya menggunakan smarphone pun dah boleh beli.



Seperti yang di ramal, pada tahun 2012, telah muncul lazada.com yang mana konsep bisness mereka menjual barang dari gudang mereka sendiri. Pada 2013, mereka telah menambah model bisness mereka dengan membenarkan peniaga luar menyertai mereka dan menjual barangan mereka menerusi lazada. Diasaskan oleh Rocket Internet, di miliki oleh syarikat ecommerce dari Jerman. Pada 2014, Lazada Group telah beroperasi di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapore, Thailand, dan Vietnam. Pada tahun 2016, Lazada telah dimiliki oleh Alibaba Group iaitu syarikat ecommerce terbesar dari China. Pada masa waktu artikel ini di tulis, Alibaba Group merupakan pemegang saham terbesar bagi lazada.



Sebenarnya sebelum Alibaba Group melabur di lazada, syarikat ini telah pun menerima pelaburan dari syarikat2 besar lain seperti JP Morgan (jumlah tidak dinyatakan), Kinnevik (USD40 juta), Summit Partners (USD26 juta), Tengelmann (USD20 juta), Pada 2013, lazada telah mengumumkan mereka telah dapat pelaburan tambahan sebanyak UDS100 juta. Pada akhir 2013, Tesco PLC dan pelabur sedia ada telah memberikan pelaburan sebanyak USD250 juta.


Pada 2014, Temasik Holdings telah mendahului senarai pelabur dengan jumlah pelaburan sebanyak USD250 juta. Ini menjadikan jumlah pelaburan yang diterima lazada adalah sebanyak USD647 juta. Pada 2016, Alibaba Group ingin mengawal lazada dengan membuat pelaburan sebanyak USD500 juta untuk saham baru, dan membayar sebanyak USD500 juta lagi dengan membeli saham dari pelabur sedia ada. Mungkin Alibaba Group telah nampak sesuatu di Asia Tenggara ini. Mungkin juga lubuk emas bagi mereka menjelang tahun 2020.



Nampaknya lazada bukan calang2 website. Pelaburan yang diterima sangat2 besar dan mereka hadir bukan main2. Mereka buat bisness yang sebenar. Mereka juga telah mewujudkan peluang2 kerja profesional dalam pelbagai bidang di sekitar Asia Tenggara. Cabaran utama mereka sekarang ini adalah dengan mempercepat akan penghantaran barang. Dan ini mendapat respon yang agak baik dari pembeli.


Internet telah membuka peluang kepada semua orang yang nampak akan potensinya. Apa pun, ecommerce atau dalam bahasa Malaysia nya edagang masih sangat2 baru di Malaysia. Sesiapa jua boleh ambil peluang ini. Jom jana ekonomi dengan Internet.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makanan kucing Vita Cat

Fazura x Adrianna Yariqa

Anda berniaga online? Anda patut guna ini...